jobs from my.neuvoo.com

24 Julai, 2013

Melatah Isu Makan Di Tandas: @PKamalanathan Patut Kaji Jawatannya Dalam Kabinet

JAWAPAN tidak matang Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan berhubung fitnah blog pembangkang mengenai kononnya pelajar India di sebuah sekolah di Sungai Buloh diarah makan dalam tandas benar-benar memalukan seluruh jentera BN yang berhempas pulas membantunya menang di Hulu Selangor dulu.

Kamalanathan, pada kedudukkannya sekarang tidak sepatutnya cepat melenting tanpa terlebih dahulu memahami fakta sebenar hanya kerana ada dakwaan pelajar India yang terlibat. Tak usahlah nak tunjuk perkauman sangat walaupun kita tahu Kamalanathan asal MIC. Anyway, ini bukan isu perkauman pun.

Apatah lagi di dedahkan bahawa bilik persalinan itu bukan sahaja digunakan pelajar India untuk makan, tapi pelajar Melayu juga. Malah, nak masuk pun kena buka kasut, di kantin pun pelajar tak buka kasut nak makan!!

Soal wajar atau tidak bilik persalinan itu dijadikan kantin sementara seharusnya diselesaikan dengan Kamalanathan sendiri mengambil inisiatif melawat fasiliti tersebut, bukan buat tuduhan rambang macam orang bodoh. Lagipun sebagai Timbalan Menteri, kereta dan pemandu disediakan kerajaan, minyak pun bukan dia isi, apa susah ke nak tengok sekolah tu dulu sebelum bagi komen?

Kita tahulah Kamalanathan antara segelintir ahli politik BN yang mabuk dengan Twitter sampai kadang-kadang lupa nak pijak bumi nyata. Sebab itu bagi komen pun berdasarkan laporan dalam Internet saja.

Penulis menggesa Kamalanathan kaji semula kedudukkanya dalam kabinet. Kalau dia tidak layak lagi untuk jadi Timbalan Menteri kerana belum matang, sepatutnya dikekalkan dia sebagai ahli Parlimen biasa sahaja. Itu pun mungkin perlu dikaji semula juga kerana dalam kes ini, yang bikin sensasi ialah blog pro pembangkang!!

Sejak bila ahli parlimen BN, Timbalan Menteri BN buat kenyataan semata-mata berdasarkan laporan blog pembangkang dan facebook yang juga milik pembangkang? Lagipun Menteri Pelajaran masih hidup lagi, apa hak Kamalanathan untuk bagi kenyataan mendahului Menteri?

Masalah ahli politik macam Kamalanathan inilah yang menyebabkan ramai guru sekolah hari ini lebih rela menjadi penyokong pembangkang. Berbeza dengan tahun-tahun 70-an dan 80-an dulu bila majoriti guru adalah penyokong kerajaan dan ramai di antara mereka menjadi pemimpin besar BN pun.

Tergesa-gesa dan cepat sangat buat kenyataan rambang tanpa terlebih dahulu mendapatkan keseluruhan laporan dan maklumat sebenar bukanlah ciri-ciri pemimpin yang baik, apatah lagi dalam kes ini melibatkan Timbalan Menteri!!

Mungkin penulis agak keras, tapi komen bodoh Kamalanathan ini menenggelamkan isu sebenar bahawa asalnya sekolah itu difitnah blog pembangkang kononnya mengarahkan pelajar India makan dalam tandas - tempat orang buang air kecil dan besar!!

Nila macam Kamalanathan inilah yang selalu bagi masalah pada kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Sementara kita berusaha keras memulihkan imej BN yang teruk dicemarkan pembangkang, satu dua langau macam Kamalanathan ini bikin rosak semua program.

mykmu

5 comments

Kalau dah tau dia melatah, pasal apa kita pun nak melatah jugak? Kita dah tau dia orang baru, penyapu baru, rajin nak buat kerja. Apa salahnya.

Kalau dia terasa respond yang diberikan itu terlalu tergesa2, tak kena tempat, atau tak sesuai dengan situasi yang sebenar, aku pasti lain kali dia akan berjaga2. Tetapi yang kita ndak ialah dia alert dengan apa yang berlaku, dan bersungguh2 ndak jalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Tak semua orang pandai sepanjang masa, tidak kalau takkan ada orang seperti Anuwar boleh cari makan sepanjang hayat.

kamalnathan sepatutnye selidik dahulu sebelum beri ulasan.. ini bergantung pada berita blog dan internet, semata.. pro pembangkang pulak tu.. terus melulu bg komen yg sy kira didasari juga atas sifat perkauman.. senang ckp dia mudah terjebak dgn sentimen perkauman membuta tuli..

jadi diperlu turun ke sekolah tersebut dan kalau perlu meminta maaf kpd guru sekolah terbabit dan juga rakyat m'sia. kalau nk jadi pemimpin dan pejuang keling saje letak jawatan dan sertai hindraf..

Betul tu, sepatutnya selidik dulu. Bukan saja menteri tetapi semua kita termasuk juga blogger dan komentor, tak kira pro sebelah mana. Tapi sebagai manusia, kita dah terbina dengan set2 pemikiran yang tertentu; ketika di Amerika kita terasa sangat bila terbaca ada orang Malaysia mati accident, walaupun kita tak kenal, walaupun dia asal dari utara sedangkan kita dari selatan, walaupun dia Cina kita Melayu. Macam tu jugak dalam kes ni.

Untuk jadi pemimpin yang berwibawa, kita perlu berani meminta maaf jika ada kesilapan yang kita dah buat, atau berani pertahankan tindakan jika kita fikir itu jalan yang terbaik. Kita tak perlu tunduk dengan kehendak2 orang ramai kerana yang pastinya tidak akan dapat memuaskan hati semua.

Kantin di bilik persalinan hanyalah satu masalah kecil dan terpencil dalam kementerian. Yang aku bengang sangat sekarang ini ialah guru2 (dan sudah pasti seiring dengannya kakitangan kerajaan) yang pro pembangkang yang lebih banyak berpolitik hingga ke dalam bilik darjah.

Sepatutnya kerajaan kaji semula kontrak perkhidmatan semua kakitangan kerajan, biar hadkan selama 5 tahun saja dengan option sambung setiap 5 tahun. Pasti semua ingin jaga prestasi, mahu bertugas penuh dedikasi jika masih mahu menjadi penjawat awam. Jika tidak berduyun2 lagi yang teringin nak ganti.

Inilah Timbalan Menteri yang bangang...I link to my blog.

99.99 peratus menteri yang buka mulut akan dianugerahkan dengan pangkat bangang. Jika tidak pasti akan diancam saman dan tindakan mahkamah. Kesian ya...

Aku percaya tak lama lagi pak menteri nak keluar ofis pun takut, ada saja yang nak ludah muka. Yang paling mudah ialah duduk diam2 di pejabat. Tak payah nak berinovasi atau transformasi kerana pasti ada saja yang tidak berkenan di hati.

Entahlah, apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni. Susah benar nak cari pemimpin sepopular P.Ramlee dan sezuhud N.Ajis.


EmoticonEmoticon