9/05/2013
0
Awal pagi ini, beberapa portal hiburan tanahair melaporkan Adi Putra telah didakwa menjalin hubungan sulit serta menghantar beberapa mesej lucah termasuk gambar 'anu'nya kepada seorang wanita yang juga isteri kepada seorang ahli perniagaan.

Namun begitu, tiada maklumat berkenaan kes tersebut diperolehi. Harian Metro pula melaporkan kes ini secara lebih terperinci kes berkenaan dengan menemubual suami kepada wanita berkenaan.

Ikuti laporannya di bawah:

“Orang mengerjakan umrah dan mencari malam Lailatulqadar pada malam terakhir Ramadan, namun dia (artis) menghantar gambar alat sulitnya menerusi aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada isteri saya ketika mengerjakan umrah awal Ogos lalu.

“Sepatutnya dia di sana menumpukan sepenuh perhatian mengerjakan ibadat terutama menjelang malam Lailatulqadar bukannya melakukan perkara terkutuk itu,” kata suami kepada seorang wanita yang didakwa saling berhubung dengan seorang artis lelaki tanah air menerusi WhatsApp.

Lelaki berusia lingkungan 50-an dan enggan dikenali itu berkata, dia terkilan selepas mendapat tahu mengenai perkara itu sebelum cuba mengajak artis lelaki berkenaan bertemu untuk menyelesaikan masalah.

“Saya akui ada mengajak dia bertemu untuk menyelesaikan masalah ini, namun tidak diendahkan.

 “Perkara ini berlaku dalam hubungan saya bersama isteri dan disebabkan itu, saya berusaha menyelesaikannya.

“Dia bukan saja enggan bertemu saya, malah saya difahamkan dia membuat laporan polis mendakwa saya mengugutnya kerana mengajak dia berjumpa bersendirian.

“Perwatakannya memang nampak baik, tetapi di sebaliknya dia melakukan perkara di luar jangkaan. Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu peminatnya terutama wanita terpedaya dengannya.

“Perkara ini berlaku dalam rumah tangga saya dan pastinya saya merasai kesannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sehubungan dengan dakwaan tersebut, Adi Putra mendakwa beliau menerima ugutan dari suami wanita berkenaan. Anda boleh baca laporannya di SINI

0 comments:

Catat Ulasan