PAU 2013: Team Transformasi Permatang Pauh menang bergaya

Desperado | 10/19/2013 | 0 comments

Bukit Mertajam: Kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh melalui transformasi besar-besaran apabila dua jawatan tertinggi bahagian itu dimenangi muka baru dalam keputusan tidak rasmi di sini sebentar tadi.

Bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd Zaidi Mohd Said dijangka menang dengan majoriti besar 303 mengalahkan tiga calon lain termasuk penyandang yang memegang jawatan itu selama tiga penggal berturut-turut, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Manakala, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, dimenangi Ibrahim Ahmad yang mengalahkan penyandang, Datuk Mohammad Nasir Abdullah dengan 272 undi serta dua calon lain.

Seramai 588 perwakilan membuang undi dalam pemilihan bahagian itu di Politeknik Seberang Perai di sini.

Abdul Jalil dan Mohammad Nasir kelihatan meninggalkan dewan kira-kira jam 2.45 petang.

Category:

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments