Tatu di kaki, Nora Danish akui kesilapan...

Kuala Lumpur: Selepas heboh mengenai gambar pergelangan kakinya bertatu tersebar baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish, 31, menjelaskan gambar berkenaan ialah foto lama.

Dia yang dihubungi semalam, berkata tatu pada kakinya itu bukan tatu sebenar sebaliknya dilukis menggunakan inai dan dia terkejut apabila isu berkenaan diungkit semula.

“Cerita mengenai isu berkenaan rasanya kecoh beberapa tahun lalu tetapi entah kenapa ia diungkit semula.

“Foto itu diambil ketika saya bercuti di Bali dan suka-suka membuat tatu berkenaan menggunakan inai. Ia tahan tak sampai seminggu pun,” jelasnya yang ketika ini sibuk dengan penggambaran Pengantin Malam.

Nora mengakui kesilapannya memuat naik gambar itu sehingga menjadi isu sebelum ini tetapi menegaskan ia cerita lama dan berharap peminat tidak salah faham dengan berita itu.

Baca juga: Nora Danish cacah tatu di kaki?
Previous
Next Post »
Thanks for your comment