jobs from my.neuvoo.com

31 Disember, 2014

Bangkai pesawat #QZ8501 dijumpai di dasar Laut Jawa

PASUKAN mencari dan menyelamat melaporkan penemuan bangkai pesawat QZ 8501 di dasar Laut Jawa semasa menjalankan operasi mencari dengan menggunakan kapal sonar hari ini.

Bagaimanapun seperti yang dipetik menerusi laporan dari portal berita CNN, keadaan sebenar pesawat tersebut masih tidak dapat dipastikan.

“Pasukan penyelamat tidak tahu sama ada pesawat tersebut masih berada dalam keadaan baik atau sudah berkecai,” kata laporan terbabit.

Menurut jurucakap pasukan penyelamat, Hernanto, setakat ini usaha mencari dan mengesan mayat, serpihan dan bangkai pesawat masih dilakukan.

“Antara yang dicari termasuk kotak htam pesawat, dengan penemuan itu, punca nahas ini dapat dirungkai,” katanya lagi.

Sementara itu, syarikat penerbangan AirAsia akan mengambil tanggungjawab penuh ke atas nahas pesawat QZ 8501.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, segala keperluan keluarga mangsa dan proses pengebumian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat sebagai tanda simpati dan kesal atas nahas yang menimpa pesawat tersebut.

“Kami (Air Asia) tidak akan lari dari tanggungjawab kami. Pihak kami akan berusaha mengenal pasti punca nahas, tetapi sekarang fokus utama harus diberikan kepada usaha mencari dan menyelamat mangsa,” katanya .

Tony akan terus berada di Surabaya untuk bersama dengan keluarga mangsa nahas pesawat terbabit.


EmoticonEmoticon