jobs from my.neuvoo.com

04 Januari, 2015

Anak gadis ditemui separuh bogel dalam tandas penjara

Manila: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun diserang secara seksual dalam tandas penjara dalam kejadian yang menambahkan lagi kemarahan rakyat sebelum ini terhadap banduan yang hidup seperti ‘raja’ dengan bar penari bogel dan jakuzi yang disediakan dalam tahanan.

Pegawai penjara melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa melawat bapanya yang juga banduan di penjara Bilibid di pinggir bandar Manila pada Hari Tahun Baru. Kanak-kanak itu ditemui terbaring di atas lantai dalam keadaan separuh bogel dengan tali dibelit di lehernya. Bagaimanapun, laporan awal perubatan menunjukkan tiada kesan rogol.

Jurucakap presiden Abigail Valte berkata: “Kejadian membabitkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu amat menjijikkan.”

Setiausaha Kehakiman Leila de Lima pula berkata, banduan yang melakukan perbuatan itu mengaku menyerang mangsa dan bakal didakwa tidak lama lagi.

“Dia menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum mencekiknya dengan niat merogolnya,” katanya.

Kejadian itu hanya tiga minggu selepas polis menyerbu penjara berkenaan dan menemui dadah, wang serta senjata malah juga patung seks, bar penari bogel dan jakuzi dalam ‘vila berhawa dingin’ yang dibina untuk ketua penjenayah.

“Kami amat terkejut dan berang. Kami muak dengan sistem sedia ada,” kata pengerusi Sukarelawan Menentang Jenayah dan Rasuah, Dante Jimenez.

Dia menggesa Presiden Benigno Aquino merombak sistem penjara dan memindahkan Bilibid ke sebuah pulau, sama seperti penjara dengan kawalan penuh di Alcatraz di Amerika Syarikat satu ketika dulu.

“Mereka sepatutnya dikelilingi jerung dan buaya,” katanya.

Sementara itu, Abigail berkata, kerajaan sedang mengambil langkah untuk menyekat segala perbuatan jenayah di penjara itu.

Bilibid yang juga penjara paling besar Filipina, terkenal dengan kesesakan banduan dan keadaan yang teruk. Ia dibina untuk menempatkan 8,900 banduan tetapi kini jumlah itu jauh menjangkau 23,000. - Agensi


EmoticonEmoticon