jobs from my.neuvoo.com

08 Januari, 2015

Artis hamil dicekup bersekedudukan

Gambar hiasan
Kedua-dua pasangan ini dibawa ke balai polis. Kedua-duanya dibenarkan untuk diikat jamin oleh dua warga tempatan.

Tak lama kemudian, datang dua orang lelaki untuk menjamin pasangan ini. Pasangan ini dikehendaki datang ke Jabatan Agama keesokan harinya jam 8.30 pagi.

Sebelum dibenarkan pulang, penguatkuasa memberi amaran kepada pasangan ini supaya tidak duduk sama lagi di dalam rumah itu pada malam itu untuk mengelakkan tangkapan kedua berlaku.

Esoknya, di Pejabat Agama, pasangan ini datang bersama dua orang penjamin. Hasil soal siasat, pasangan ini mengaku tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri. Perempuan umur lewat 20-an masih mempunyai suami tetapi sudah tidak duduk bersama suaminya hampir 2 tahun lalu. Perempuan ini sedang menuntut cerai secara fasakh di mahkamah syariah dan mempunyai peguam untuk urusan tersebut.

Maknanya, selagi mahkamah belum membuat keputusan, dia masih dikira ada suami yang sah. Kanak-kanak itu adalah anaknya yang sah melalui perkahwinan itu.

Lelaki pula umur 30-an berstatus duda yang sudah bercerai kira-kira tiga tahun lepas. Dia mempunyai dua orang anak yang dipelihara oleh bekas isterinya. Mereka mengaku bercita-cita untuk bernikah tetapi status perempuan yang masih isteri orang menghalangnya. Katanya dia bersimpati dengan wanita ini dan nak menolong wanita ini yang tidak bekerja.

Siapa Pengadu? Lelaki ini bertanya kepada penguatkuasa iaitu siapakah pengadu dalam kes ini sehingga mereka ditangkap.

Lakonan dan perancangan pasangan ini yang duduk macam suami isteri sejak beberapa bulan lamanya termasuk menipu tuan rumah tersebut. Yang kena tipu juga adalah pak imam surau berkenaan yang jadi jiran dia di taman itu.

Majlis hari raya dan marhaban juga turut naik rumah ini dan jiran-jiran percaya betul yang mereka adalah suami isteri. Kanak-kanak pula seronok dapat duit raya seringgit masa marhaban tu. Jiran tak syak lansung mereka tidak kawin rupanya.

Soalnya siapa pengadu? Kalau dikatakan pengadu adalah jiran taman tersebut, kenapakah begitu lama, makan berbulan-bulan baru aduan dibuat kepada Jabatan Agama?

Mungkin tidak.

Tapi ada kemungkinan juga iaitu kalau bukan jiran, siapa pula yang pecah lubang? Pasangan ini bukanlah orang sini. Duduknya di daerah lain yang jauhnya dalam 100km juga.

Sebenarnya, yang tahu siapa pengadu hanyalah penguatkuasa yang tertentu sahaja. Dengan aduan inilah baru penguatkuasa bertindak. Kalau tak ada aduan, takkanlah nak periksa semua rumah di setiap taman, rumah kondo, rumah panjang atau kotai.... tak mungkin.

Maknanya ada pengadulah dan pengadu itu tak akan diberitahu kepada sesiapa. Keselamatan dan kerahsiaan pengadu itu dilindungi untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku.

Tapi ada juga kes yang orang tahu siapa pengadu. Mulanya ingatkan siapalah yang bocorkan maklumat pengadu. Rupanya pengadu sendiri yang bukak cerita kat warung yang dialah jaguh dan wira kampung sehingga pasangan itu kena tangkap.

Dalam hal ini penguatkuasa tak tanggunglah kalau apa-apa berlaku, sendiri tanggunglah.

Tapi biasanya orang yang berani istihar dia pengadu bukan calang-calang orang.

Kalau macam cerita KLGenster2, macam Malek Aeron Aziz juga atau 'abang kawasan' yang ada beberapa line. Kalau macam saya ni setakat ada line Celcom sajalah.... Hehe.

Senang cerita kalau ada sesiapa nak mengadu pasal maksiat, mengadu sajalah kepada Jabatan Agama Johor yang ada penunggu 24 jam yang akan jawab panggilan itu.

Sila dail 1-800-88-3072 iaitu talian bebas tol. Jangan malu, jangan takut, jangan segan kerana identiti anda dirahsiakan yer.... SEKIAN.

Sumber


EmoticonEmoticon