jobs from my.neuvoo.com

14 Januari, 2015

Curang: Wanita Potong Alat Sulit Suami Dua Kali

CHINA – Gara-gara geram dengan suami yang curang, seorang isteri, Feng, 30, hilang pertimbangan lalu memotong alat sulit suaminya. Bukan sekali, tetapi dua kali menyebabkan alat kelakian suaminya itu, Fan Lung, 32, tidak dapat berfungsi lagi.

Kecurangan Fan telah dikesan oleh isterinya selepas dia meminjam telefon bimbit wanita itu untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21. Fan telah terlupa mendaftar keluar dari emel berkenaan menyebabkan isterinya dapat membaca kandungan emel tersebut.

Ketika suaminya sedang tidur, Feng telah mengambil gunting dan memotong alat sulit Fan.

Fan kemudiannya dikejarkan ke hospital dan kemaluannya itu dapat disambung semula. Namun Feng secara senyap-senyap masuk ke dalam wad dan sekali lagi memotong alat sulit suaminya itu lalu dibuang keluar tingkap.

Pihak hospital hanya menyedari keadaan itu apabila Feng yang dalam keadaan berbogel memukul isterinya di luar bangunan hospital.

“Kakitangan hospital kemudiannya mendapati Feng berada dalam keadaan berlumuran darah dan barulah kami sedar alat sulitnya yang baru disambung itu dipotong sekali lagi oleh isterinya.

“Feng kehilangan banyak darah dan dimasukkan ke unit kecemasan. Kakitangan hospital cuba mencari zakarnya yang putus itu namun gagal, dipercayai dimakan oleh anjing atau kucing liar,” kata jurucakap hospital.

Feng kini berada dalam keadaan stabil namun mengalami tekanan. Manakala isterinya pula telah ditangkap polis.

Sementara kekasihnya pula, Zhang, tidak kisah dengan kecacatan dialami oleh Feng dan sudi mengahwini lelaki itu.

“Saya tidak kisah dia tidak subur lagi kerana Feng sendiri sudah memiliki lima anak,” kata Zhang.


EmoticonEmoticon