jobs from my.neuvoo.com

16 Januari, 2015

Gadis Dakwa Dirogol Pelakon Ketika Uji Bakat Dalam Bilik Hotel

Seorang gadis berusia 22 tahun telah membuat laporan polis baru baru ini mendakwa beliau telah diperkosa seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun ketika satu sesi uji bakat yang diadakan di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru baru ini.

Gadis itu hadir ke uji bakar tersebut selepas melihat iklan yang mencari bakat baru dalam bidang pengiklanan, lakonan dan model dengan bayaran sehingga RM500 sehari di internet.

Lebih kejam lagi, pelakon lelaki yang pernah membintangi beberapa drama tempatan itu juga telah mengugut untuk menyebarkan video mangsa dinodai sebelum memaksa gadis itu membayar RM1,000 ke dalam sebuah akaun bank.

Gadis Dakwa Dirogol Pelakon Ketika Uji Bakat Di Hotel - ROTIKAYA

“Suspek mendakwa akan membayar gaji RM500 sehari sekiranya mangsa lulus sesi temuduga itu. Pelakon itu kemudian bertemu mangsa di sekitar Ampang sebelum membawa gadis itu ke sebuah hotel di Ampang Waterfront. Mangsa juga dipaksa untuk berbogel kononnya sebagai syarat wajib untuk lulus,” menurut sumber seperti dlaporkan Harian Metro.

Pelakon lelaki itu bagaimanapun sudah diberkas polis daripada Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 10.00 malam kelmarin. Beliau kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Gadia gadis di luar sana yang memang mencari peluang untuk menjadi pelakon dan model dalam dunia penuh glamor ini perlu lebih berhati hati selepas ini. Bilik hotel petanda nombor satu ada sesuatu yang tidak kena. Saja berpesan. (rtky/m)


EmoticonEmoticon