jobs from my.neuvoo.com

15 Januari, 2015

Gym tawar tukang urut telanjang

Bangkok: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah kelab kecergasan kerana membenarkan beberapa wanita bogel bergaul dengan lelaki yang menggunakan kemudahan di situ.

Jurucakap polis, Prawut Thawornsiri berkata, kes itu terdedah melalui rakaman video yang tersebar di Internet.

Kata Prawut, pemilik kelab kecergasan yang beroperasi di Wang Thonglang itu untuk disoal siasat.

“Kami menyiapkan pendakwaan jenayah terhadap ahli perniagaan itu,” katanya.


Seseorang yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM2,200.

Rakaman video itu didedahkan bekas pemimpin Parti Rak Thailand, Chuwit Kamolvisit, yang mengadu
mengenai kewujudan banyak pusat kecergasan menawarkan perkhidmatan tidak sepatutnya.

Selain di Bangkok, kelab begitu juga beroperasi di Phuket dan Pattaya.

Katanya, pelanggan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM200 dan tambahan RM500 hingga RM1,000 jika mahukan khidmat urutan khas di premis berkenaan.

Sementara itu, pemilik kelab terbabit berkata, klip video itu dirakam seorang pelanggan pada 5 Januari lalu. - Agens

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23861?m=1#sthash.RE4Zeksb.dpuf


EmoticonEmoticon