jobs from my.neuvoo.com

08 Januari, 2015

Khalwat dengan warga Indonesia, gadis rayu jangan beritahu ibu

Johor Bahru: Seorang wanita merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memaklumkan kepada keluarganya yang dia ditahan kerana berkhalwat dengan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah hotel bajet di Skudai di sini, kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun itu yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala mengaku baru mengenali lelaki berumur 37 tahun terbabit yang bekerja sebagai tekong bot di Batu Pahat.

Bagaimanapun, kedua-duanya memberi kerjasama ketika disoal-siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) untuk proses dokumentasi.

Mereka ditahan pada operasi sempena cuti umum Awal Muharram 1436 Hijrah yang dijalankan antara jam 11 malam hingga 2 pagi semalam di hotel bajet sekitar Skudai.

Operasi itu membabitkan 10 anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIJ Mohd Zamri Kambari berkata, tiga lagi pasangan turut ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

“Sudah menjadi kebiasaan, apabila cuti umum, segelintir pasangan kekasih melakukan aktiviti tidak bermoral. Operasi kali ini tertumpu di sekitar Taman Universiti dan TUTA.

“Tujuan operasi ini untuk membanteras dan mencegah maksiat di hotel bajet selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4177#sthash.iEqELPWL.dpuf


EmoticonEmoticon