jobs from my.neuvoo.com

02 Januari, 2015

Konsert Ambang Tahun Baru DAP Pulau Pinang penuh aktiviti tak senonoh

PULAU PINANG 1 Jan. - Aksi sekumpulan penonton dipercayai mabuk mencemari Konsert Ambang Tahun Baharu yang berlangsung dengan kerjasama kerajaan DAP Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini malam tadi.

Konsert yang diteruskan walaupun mendapat gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir di pantai timur tersebut bermula kira-kira pukul 6.30 petang.

Kelakuan tidak terkawal lebih 30 pengunjung dipercayai warga asing itu semakin membimbangkan apabila mereka bertindak agresif memanjat antara satu sama lain ketika artis tempatan membuat persembahan pada pukul 11.30 malam.

Kumpulan berkenaan mengibarkan bendera dan lambang pertubuhan mereka sepanjang konsert berlangsung dan membuka baju, malah ada ketikanya hampir merempuh pagar keselamatan.
Advertisement

Keadaan menjadi tidak terkawal ketika persembahan artis tempatan kira-kira pukul 12.15 tengah malam berikutan seorang penonton wanita dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memanjat pentas dan enggan turun.

Sementara itu, seorang pengunjung tempatan, Norazlina Hamdan, 38, dari Butterworth berkata, dia terkejut melihat aksi agresif segelintir penonton yang hadir bagi sambutan ambang tahun baharu itu.

Katanya, dia datang bersama suami dan anaknya sempena cuti umum termasuk untuk menderma kepada tabung mangsa banjir dilancarkan, namun berasa kecewa dengan sikap penonton yang tidak menghormati negara yang masih bersedih dengan bencana banjir besar di Pantai Timur.

“Orang ramai ingin berhibur secara sihat tetapi mereka mencemarkan sambutan dengan perbuatan tidak senonoh," katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pengunjung, Mohd. Roslan Shaari, 35, dari Bayan Lepas berkata, pengunjung harus lebih peka dengan perkembangan semasa terutama bencana banjir di Pantai Timur di sebalik sambutan tahun baharu itu.

"Jika hendak berhibur sekalipun, biarlah berpada-pada. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau supaya apa yang berlaku pada konsert ini tidak berulang," katanya.


EmoticonEmoticon