jobs from my.neuvoo.com

20 Januari, 2015

Labu 'seksi' Mak Andam jadi bahan perbuatan tidak senonoh

SATU kejadian ‘pelik tapi benar’ telah berlaku di sebuah perkampungan di selatan tanah air apabila hasil tanaman di sana mengeluarkan buah bersaiz luar biasa!

Memetik laporan Harian Metro, kebun tersebut yang merupakan milik mak andam, Amira Mukri, 53, terletak di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Labu air di kebun tersebut didapati mengeluarkan tiga labu bersaiz luar biasa iaitu kira-kira satu meter panjang dan seberat 7 kilogram.

“Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun sejak dua tahun lalu. Labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter.

“Beberapa penduduk datang ke kebun kami merakamkan gambar dan menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini,” kata Amira.

Namun demikian, dia kesal apabila ‘keajaiban’ dikurniakan Allah SWT itu disalahgunakan sesetengah individu tidak bertanggungjawab.

Menurut Amira, dia dan ahli keluarganya terkejut kerana pernah terserempak sekumpulan lelaki membakar kemenyan di kebunnya bagi melakukan aktiviti khurafat. -MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon