jobs from my.neuvoo.com

21 Januari, 2015

Lelaki Cerita Setiap Detik Kecurangan Isteri Secara ‘Live’

LOS ANGELES – Seorang lelaki yang kecewa selepas mengetahui isterinya berlaku curang kepadanya, telah memutuskan untuk berkongsi kekecewaan itu kepada umum dengan membuka blog dan menceritakan setiap detik secara `live’ kepada orang ramai.

Lelaki malang itu menggunakan komuniti dalam talian Reddit untuk menceritakan mengenai apa yang berlaku dengan menggunakan nama samaran MyLifeSuxNow.

“Saya mengesan kecurangannya melalui mesej dalam telefon bimbitnya. Saya tahu dia belum mengetahui bahawa saya telah mengesan kecurangannya.

“Dia dan kekasihnya selalu berhubung pada pukul 1 pagi hingga 4 pagi, di mana ketika itu dia menyangka saya sedang nyenyak tidur,” katanya yang kemudian mula menceritakan apa yang berlaku.

Lelaki itu dan isterinya berkahwin sejak lapan tahun lalu selepas menamatkan pengajian di universiti.

MyLifeSuxNow turut bertanyakan kepada komuniti Reddit sama ada dia patut menceraikan isterinya itu, meskipun dia mendakwa masih menyayangi wanita berkenaan.

Dia kemudiannya memberita bahawa seorang penyiasat telah diupah bagi menyiasat dan mendapatkan bukti kecurangan isterinya itu.

“Jenny bertemu lelaki itu di sebuah pangsapuri dan mereka bercium, kemudian masuk ke dalam rumah. Sah mereka curang,’’ katanya yang memberitahu setiap detik pergerakan Jenny dalam blog tersebut.

Seramai 15,000 orang memberikan nasihat kepada MyLifeSuxNow untuk berdepan dengan situasi di mana isterinya curang dan apa yang perlu dilakukannya.

Ada yang meminta supaya dia menceraikan Jenny.


EmoticonEmoticon