jobs from my.neuvoo.com

29 Januari, 2015

Malang gadis dicabul ‘tukang paip’

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul seorang ‘tukang paip’ dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, suspek berusia 20-an dilapor menyamar sebagai tukang paip dengan mengenakan pakaian hampir sama digunakan pekerja pengurusan kondominium itu.

Harian Metro difahamkan, suspek terlebih dulu ‘mencuri’ maklumat mengenai penduduk kondominium itu sebelum melakukan penyamaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menyiasat laporan polis yang dibuat remaja terbabit di Balai Polis Bukit Jalil itu mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati ibu mangsa membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium itu kerana paip rumahnya mengalami masalah minggu lalu, tetapi pihak pengurusan memberitahu mereka tidak menghantar tukang paip termasuk pada hari kejadian,” katanya, semalam.

Zainuddin berkata, bagaimanapun remaja terbabit yang bersendirian di rumahnya didatangi seorang tukang paip.

“Disebabkan rumahnya memang ada masalah paip, remaja terbabit tidak curiga dan membenarkan lelaki itu masuk.

“Selepas memasuki, suspek menarik tangan mangsa dan mengheretnya ke dalam sebuah bilik sebelum mencabul remaja itu,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas selesai melempiaskan nafsu.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya sebelum dia dibawa ke balai polis berhampiran.

“Mangsa sudah dirujukkan ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan diberikan rawatan lanjut.

“Polis berusaha mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya dilakukan,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27159#sthash.D5pGwI1n.dpuf


EmoticonEmoticon