jobs from my.neuvoo.com

13 Januari, 2015

Pelajar asing lakukan kelucahan melampau terhadap penyelia surau

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Seorang penuntut universiti tempatan dari Yemen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang penyelia surau, akhir tahun lalu.

Ameen Noman Ali Al-Qadasi, 53, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap lelaki berumur 22 tahun itu di dalam bilik surau Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Dang Wangi, di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 8 Disember 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 377(D) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Ameen Noman turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu tinggal di negara ini selepas tamat tempoh pas lawatan sosial di tempat sama pada pukul 2.45 petang, 29 Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/53 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh kerana merupakan warga asing.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan sebutan semula kes pada 16 Februari ini. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon