jobs from my.neuvoo.com

05 Januari, 2015

Penyampai radio wanita terlampau

Boleh jika nak mengada-ngada, tetapi kalau keterlaluan pun boleh buatkan orang rimas. Daripada mulanya orang suka, lama-lama boleh jadi menyampah.

Inilah rata-rata komen yang SS dengar daripada kawan dan peminat wanita berkenaan penyampai cantik manis sebuah stesen radio popular yang mempunyai ramai pendengar ini.

SS tidak menafikan kekuatan penyampai ini apabila ke udara sehinggakan berjaya terpilih untuk bekerja dengan barisan penyampai yang lebih senior.

Awalnya dia disukai ramai kerana tarikan yang ada padanya. Namun lama kelamaan sikapnya bertukar agak 'menggelitis' membuatkan golongan hawa kurang menyenanginya.

Setiap kali bersiaran, penyampai ini pasti akan menyanyi seolah-olah melepaskan ketagih nak berkaraoke. Cara ini mungkin boleh jadi tarikan untuk golongan adam dan ini mungkin strateginya untuk tarik peminat.

SS faham ini cara penyampai itu untuk menarik pendengar serta mengekalkan rating program kendaliannya, tapi dia perlu juga fikirkan cara berkesan untuk jaga hati peminat.

Dengan persaingan hebat industri radio sekarang, pastinya pendengar akan beralih arah ke stesen lain apabila meluat dengan sesebuah program yang disiarkan.

SS harap perkara ini diambil positif oleh penyampai yang dimaksudkan serta penyampai lain.

Carilah cara terbaik untuk hiburkan pendengar contohnya dengan memberikan informasi seperti keadaan cuaca, kesesakan jalan raya dan banyak lagi daripada asyik nak 'up' diri sendiri setiap masa.

SS: Suka layan radio yang tenang dan penyampai tak berlumba-lumba untuk bercakap

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21498#sthash.AJdrX4EB.dpuf

1 comments so far

Biasalah tu, apa pun yang kita lakukan bukan semua sukakannya..


EmoticonEmoticon