jobs from my.neuvoo.com

07 Januari, 2015

Penyamun dicekup sedang asyik beromen dalam kereta

KAJANG – Seorang lelaki dipercayai dalang utama kes samun dan melarikan kenderaan dicekup polis ketika sedang asyik bercumbu dengan teman wanitanya di dalam kereta di Flat Taman Industri, Lembah Jaya Selatan, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota polis cawangan D9 IPD Kajang yang sebelum itu melakukan pemeriksaan di rumah suspek.

“Hasil maklumat anggota ke flat berkenaan ternampak kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan. Kita mendapati suspek berada dalam kereta bersama seorang wanita berusia 24 tahun sedang bercumbu,” katanya.

Beliau berkata, suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan dadah.

Katanya, kereta tersebut dirampas berikutan pemeriksaan mendapati ia pernah digunakan untuk melakukan jenayah. Selain itu, hasil ujian air kencing suspek juga didapati positif.

“Lelaki berkenaan direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.


EmoticonEmoticon