jobs from my.neuvoo.com

27 Januari, 2015

Perogol bersiri bernafsu pelik kembali mengganas

Nakhon Pathom: Perogol bersiri yang memiliki nafsu terhadap wanita warga emas menyerang lagi untuk kali ke-10, kata polis semalam.

Mangsa terbaru lelaki misteri itu ialah wanita berusia 73 tahun.

Penolong Pesuruhjaya Polis Thailand, Sopon Pisuttiwong berkata, lelaki terbabit juga melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa.

“Polis akan mengepung kawasan sekitar 10 kilometer dari tempat mangsa terbaru itu diserang dan yakin suspek dapat ditangkap tidak lama lagi,”
katanya di sidang media semalam.

Sebelum ini polis mendedahkan memburu perogol bersiri yang menyasarkan wanita warga emas untuk memuaskan nafsunya.

Kata polis, hampir semua mangsa berusia 70-an dan dua daripada mereka mati dibunuh.

Sopon berkata, polis yakin dapat menangkap suspek kerana bukti terbaru menunjukkan lelaki terbabit semakin hampir dikesan.

Dalam kejadian terbaru semalam, anak lelaki mangsa berkata, dia tidur di sawah 300 meter dari rumahnya dan terkejut apabila mendapati ibunya keluar dari rumah sambil menangis.

Ibu mangsa memberitahu seorang lelaki memecah masuk ke rumah dan mengacukan pisau sebelum merogolnya.

Penyerang turut mencuri barang berharga dan membunuh anjing mereka dengan racun. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26552#sthash.bY7vrCwC.dpuf


EmoticonEmoticon