jobs from my.neuvoo.com

23 Januari, 2015

Polis kenal pasti penyebar klip video buli Zamani di balai

KUALA LUMPUR : Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang didapati merakam dan menyebarkan satu klip video memaparkan bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an menyanyi dalam keadaan bergari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata pihaknya juga sedang menyiasat beberapa anggota lagi yang didapati terbabit sama menyebar video berkenaan.

"Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Katanya, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kontinjen Selangor.

"Polis Selangor memberi jaminan siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota terbabit," katanya.

Pagi tadi, tersebar satu video selama 1 minit 23 saat memaparkan video vokalis itu menyanyi sambil tangannya bergari.

Ia tersebar di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp dengan kebanyakan komen dikongsi pengguna sosial antara lainnya mengutuk tindakan terbabit yang dianggap tiada belas kasihan.


EmoticonEmoticon