jobs from my.neuvoo.com

14 Januari, 2015

Suami curang, kunci rumah dari dalam dengan pasangan ketika diserbu isteri

Kisah kecurangan memang membuatkan kita rasa geram namun ada juga yang mencuit hati. Seorang lelaki, 60, telah membawa pulang seorang gadis muda dan mengunci mereka berdua di dalam rumahnya. Beliau kemudian menghubungi pihak polis kerana takut dibelasah isteri dan keluarganya.

Kejadian yang dilaporkan Shin Min Daily pada 27 September tahun lepas ini menulis, lelaki yang juga pemandu teksi itu telah mengunci dirinya di dalam rumah selepas perbuatannya diketahui oleh isterinya. Si isteri pula mengumpulkan semua ahli keluarga, kakak, menantu, cucu dan seorang rakan untuk bertemu dengan suami dan gadis yang didakwa kekasih gelapnya itu.

Si isteri dan keluarganya mengetuk pintu rumah namun tiada jawapan.

"Kami mengetuk pintu selama setengah jam, tapi suami saya tidak mahu membukakan pintu," ujar isterinya dengan nada kesal.



"Saya kemudian menghubungi pihak polis," katanya seperti mana dipetik dari stomp.sg

Si suami membuka pintu ketika polis tiba. Isterinya yang sedang marah terus menerkam masuk ke dalam rumah tersebut untuk menemui wanita itu, namun tindakannya dihalang pihak polis. Selama setengah jam pertengkaran mulut berlaku di dalam rumah tersebut. Akhirnya pihak polis terpaksa masuk campur bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 tetapi memutuskan untuk bercerai serta merta. Si isteri pula menolak kerana mendakwa suaminya sedang berselingkuh.

"Kami sudah memutuskan untuk bercerai," kata si suami.

"Kenapa kita tidak boleh berpisah secara damai?" tanya beliau lanjut.

Menurut si suami, wanita yang dibawanya hanya teman. Ketika ditanya alasan mengapa mengunci pintu rumah dari dalam, si suami beri alasan kerana isterinya membawa ramai orang dan dia tidak berani membuka pintu rumah.



EmoticonEmoticon