jobs from my.neuvoo.com

02 Januari, 2015

Tak Dapat Balik Waktu Banjir Sebab Tak Ada Tiket – Anwar

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat pulang lebih awal dari percutiannya ketika banjir buruk melanda beberapa negeri di semenanjung kerana ketiadaan tiket penerbangan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut bagaimanapun mengingatkan semua pihak termasuk jentera partinya supaya tidak terlalu berpolitik dan lebih menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir.

“Saya minta maaf lambat datang. Saya tiada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tak boleh ditukar.

“Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.

“Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat.”

[WAJIB BACA INI: Anwar Kongsi Simpati Mangsa Banjir Dari UK Jerr!]

Sebelum ini, Anwar menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak kerana tidak muncul untuk sama-sama menghulurkan bantuan ketika banjir melanda. Anwar dilaporkan berada di United Kingdom ketika tragedi tersebut.

Semalam (Khamis), barulah beliau akhirnya didapati muncul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

1 comments so far

Kalau Menteri lain seperti Tok Pa yang sedang mengerjakan umrah boleh tukar penerbangan dan balek awal itupun bang non nak bagi alasan bodoh.Menteri lain apabila di minta balek awal,maka mereka pun boleh menjadualkan semula penerbangan dan dapat balek awal,apa lagi alasan IQ 35(Chimpanzee IQ32)bang non yang cuba membodohkan rakyat.Rakyat contohnya pakcik,makcik kuala krai pun IQnya tinggi lagi dari IQ bang non.


EmoticonEmoticon