jobs from my.neuvoo.com

05 Januari, 2015

Teman wanita mimpi lakukan hubungan seks dengan nenek

Florida – Akibat marahkan teman wanitanya kerana bermimpi dia melakukan hubungan seks dengan neneknya yang telah meninggal dunia, seorang lelaki bertindak merosakkan kereta wanita tersebut.

Casey Molter berbuat demikian kerana tidak sukakan mimpi berkenaan dan menyifatkan kekasihnya itu sebagai gila.

Selepas mendengar bahawa wanita itu bermimpi bahawa neneknya bangkit dari kubur dan melakukan seks luar biasa dengannya, Molter mengamuk dengan menghempas telefon bimbit, menoreh tayar kereta Nissan Altima yang diberikannya kepada teman wanita dan mematahkan cermin sisi kereta tersebut sebelum mengencingkannya serta meletakan kondom terpakai pada objek tersebut.

Molter memberitahu polis dia melakukannya kerana bengang dan marah disebabkan tidak dapat melupakan mimpi tersebut.

Molter ditangkap selepas wanita berkenaan membuat laporan polis. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon