jobs from my.neuvoo.com

15 Januari, 2015

(Video) Saya Tak Sampai Hati Tengok Keadaan Jep – Shuib

Kemunculan Sepahtu di pentas MLM 2014 Jumaat minggu lalu memberi kejutan buat peminat dan penonton selepas ketiadaan Jep yang terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Shuib yang tenang dan memberikan persembahan ‘Stand-up comedy’ dengan begitu baik sekali. Lebih manis Datuk Jalaluddin Hassan mengakui Shuib berjaya membuktikan kemampuanya sebagai seorang pelawak walaupun terpaksa muncul keseorangan.

Namun ramai di antara penonton terutamanya peminat setia kumpulan Sepahtu tertanya-tanya bagaimana keadaan serta kesihatan Jep sehingga tidak dapat bersama-sama Shuib minggu lalu.

Astro Gempak sempat menemubual secara eksklusif Shuib mengenai keadaan Jep selepas berakhir pentas MLM 2014 minggu lalu. Nak tahu lebih lanjut jom tonton video berikut sekarang!


EmoticonEmoticon