jobs from my.neuvoo.com

21 Januari, 2015

Zamani Slam dicekup sedang lalok syabu, heroin dengan seorang wanita

Harian Metro hari ini melaporan yang seorang penyanyi lelaki berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang kerana memiliki satu paket dadah jenis heroin, 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, dadah seberat 1.2 gram itu ditemui di atas tilam di dalam bilik kediamaannya.

UPDATE-1: Astro Gempak melaporkan hari ini yang penyanyi tersebut merupakan bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim.

“Hasil soal siasat penyanyi itu mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu & juga heroin sejak 10 tahun lalu dan membelinya daripada seorang lelaki yang turut berjaya ditangkap pihak polis di Hulu Kelang”

“Ketika serbuan kenalan wanitanya turut berada di kediaman itu dan hasil ujian air kencing positif dadah,” menurut sumber akhbar harian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan penahanan suspek dan akan memohon reman hari ini. Penyanyi terbabit terkenal ketika zaman 90-an ketika menganggotai kumpulan pop. (rtky/m)


EmoticonEmoticon