jobs from my.neuvoo.com

25 Februari, 2015

3 pelajar perempuan dirogol rakan sekelas

Gambar hiasan
KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa atas tuduhan merogol rakan sekelas, di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi memohon untuk dibicarakan.

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, bagaimanapun mereka pesalah juvana menyebabkan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, namun mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah itu diikat jamin RM2,000.

Tertuduh juvana yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana dia sudah di tempatkan di Sekolah Tunas Bakti Taiping dipercayai kerana kesalahan ugutan.

Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan semula pada 6 Januari tahun depan.


EmoticonEmoticon