jobs from my.neuvoo.com

12 Februari, 2015

Dua diculik dan diliwat bergilir-gilir

Gambar hiasan
SHAH ALAM – Dua lelaki bukan sahaja diikat, dipukul dipaksa menghisap dadah di kawasan perkuburan, malah seorang daripada mereka turut diliwat secara bergilir-gilir oleh penculiknya.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada Isnin lalu apabila seorang mangsa ditemui dalam keadaan mencurigakan dalam kereta milik suspek yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

“Ketika kejadian, kereta suspek dipercayai melanggar kereta seorang wanita. Wanita itu menghubungi polis selepas suspek bertindak memecahkan cermin keretanya.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis ke kawasan perkuburan itu dan menemui seorang lagi mangsa berusia 19 tahun dalam keadaan terikat.

- Sinar Harian


EmoticonEmoticon