jobs from my.neuvoo.com

06 Februari, 2015

'Gambar mesra atas ranjang hotel itu memang dia'

Jakarta: Seorang lelaki yang mendakwa bertanggungjawab merakam gambar ‘mesra terlampau’ ketua Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia semalam tampil mempertahankan kesahihan imej itu.

Menurut Zainal Tahir, dia terganggu kerana laporan media serta penafian dibuat Abraham Samad mengenai gambar menggemparkan itu.

Kata Zainal, dia berasa risau dan berdosa jika terus berdiam diri.
“Gambar itu memang asli, tidak diubah suai.

“Ia dirakamkan di sebuah bilik hotel di Makassar pada 2007,” katanya dalam satu kenyataan.

Abraham adalah seorang daripada pegawai atasan KPK yang dilihat ‘diserang’ pihak tertentu selepas agensi antirasuah itu menyekat pelantikan Budi Gunawan sebagai Ketua Polis Indonesia yang baru.

Sebelum ini beredar gambar lain Abraham sedang mencium seorang wanita tidak dikenali.

Kata Zainal, wanita yang menemani Abraham di atas ranjang bilik hotel itu bernama Feriyani Lim.

Katanya, dia berada di bilik berkenaan atas undangan Abraham sendiri.

“Saya sekadar merakam aksi mesra mereka melalui telefon genggam secara suka-suka, namun alat itu hilang pada 2012,” katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28632?m=1#sthash.5xTZgaVa.dpuf


EmoticonEmoticon