jobs from my.neuvoo.com

09 Februari, 2015

Henjut nafsu tanpa seurat benang

Jitra: Seorang wanita ditemui dalam selimut tanpa seurat benang di tubuhnya dalam serbuan di dalam bilik sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), wanita lingkungan 20-an dari Baling itu dikatakan menyewa bilik berkenaan bersama pasangannya yang menetap di Alor Setar dipercayai untuk memadu kasih kerana tinggal berjauhan.

Ketika disoal siasat, pasangan terbabit mendakwa menyewa bilik di hotel bajet itu kerana dianggap sebagai ‘port’ selamat disebabkan terletak di kawasan perumahan malah penjaga hotel terbabit turut memberi maklumat kepada penyewa jika didatangi penguat kuasa agama.

Bagaimanapun, pasangan itu gagal melarikan diri apabila anggota penguat kuasa PADKP sudah mengepung premis terbabit selepas menerima aduan berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, anggotanya diketuai Abd Karim Abu membuat pemeriksaan di hotel bajet itu sebaik menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang dilakukan pasangan itu.

“Ketika anggota kami mengetuk pintu dan memberi salam berkali-kali, seorang lelaki hanya bertuala keluar dari sebuah bilik dalam keadaan tergesa-gesa dan cuba melarikan diri, tetapi gagal.

“Seorang wanita berselimut dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik turut ditemui dan selepas disoal siasat, pasangan itu mengaku bersekedudukan tanpa sebarang ikatan sah,” katanya.


EmoticonEmoticon