jobs from my.neuvoo.com

21 Februari, 2015

Ibu sibuk lakon filem lucah, bayi mati kebuluran

Oregon: Sepasang kekasih dituduh menyebabkan kematian bayi mereka berusia tujuh bulan selepas dibiarkan berlapar apabila mereka menghasilkan video lucah menunjukkan si ibu mengeluarkan susu badannya.

Stephen Michael Williams Jr, 26, dan teman wanitanya Amanda Marie Hancock, 21, didakwa membunuh dengan cara penderaan selepas hasil bedah siasat menunjukkan bayi lelaki mereka, Data Toria Hancock mati kebuluran, bulan lalu.

Williams dan Amanda berkata bayi itu disusukan beberapa kali sehari, namun tidak pernah membawanya untuk rawatan.

Malah, mengikut dokumen mahkamah, Williams memberitahu polis dia tidak membawa bayi itu ke doktor kerana “itu tanggungjawab Amanda” mengikut perjanian antara mereka.

Pasangan itu mengakui menghasilkan video lucah yang memaparkan Amanda mengeluarkan susu badannya. Mereka mendapat bayaran apabila disiarkan di Internet.

Menurut Timbalan Pendakwa Daerah Shannon Sullivan, mereka dihadapkan ke mahkamah kelmarin dan tidak dibenarkan jaminan oleh Mahkamah Daerah Douglas.

Tiada pengakuan direkodkan buat masa ini.

Sumber polis berkata, ambulans dikerah ke rumah pasangan itu pada 22 Januari lalu apabila Data berhenti bernafas sebelum mati tidak lama kemudian.

Sementara itu, anak lelaki mereka berusia dua tahun kini dalam jagaan pejabat kebajikan. - Agensik, 21, didakwa membunuh dengan cara penderaan selepas hasil bedah siasat menunjukkan bayi lelaki mereka, Data Toria Hancock mati kebuluran, bulan lalu.

Williams dan Amanda berkata bayi itu disusukan beberapa kali sehari, namun tidak pernah membawanya untuk rawatan.

Malah, mengikut dokumen mahkamah, Williams memberitahu polis dia tidak membawa bayi itu ke doktor kerana “itu tanggungjawab Amanda” mengikut perjanian antara mereka.

Pasangan itu mengakui menghasilkan video lucah yang memaparkan Amanda mengeluarkan susu badannya. Mereka mendapat bayaran apabila disiarkan di Internet.

Menurut Timbalan Pendakwa Daerah Shannon Sullivan, mereka dihadapkan ke mahkamah kelmarin dan tidak dibenarkan jaminan oleh Mahkamah Daerah Douglas.

Tiada pengakuan direkodkan buat masa ini.

Sumber polis berkata, ambulans dikerah ke rumah pasangan itu pada 22 Januari lalu apabila Data berhenti bernafas sebelum mati tidak lama kemudian.

Sementara itu, anak lelaki mereka berusia dua tahun kini dalam jagaan pejabat kebajikan. - Agensi


EmoticonEmoticon