jobs from my.neuvoo.com

25 Februari, 2015

Isteri gersang seludup 'jantan' masuk rumah

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 29 tahun yang mempunyai dua anak dan masih bersuami ditahan kerana ‘menyeludup’ lelaki ke kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, tengah malam Jumaat lalu.

Tindakan wanita itu yang disyaki berkhalwat pada jam 12.05 tengah malam itu bagaimanapun, disedari jiran berhampiran sebelum sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kediaman itu.

Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mendapati rumah berkenaan dalam keadaan gelap manakala pintu jeriji turut berkunci sebaik tiba untuk pemeriksaan.

“Susulan itu anggota penguat kuasa JAWI mengetuk pintu rumah itu sambil memperkenalkan diri sebagai petugas penguat kuasa.

“Selepas 10 minit, baru pintu rumah dibuka dan seorang wanita lengkap berpakaian muncul. Anggota penguat kuasa kemudiannya menunjukkan kad kuasa seterusnya meminta izin untuk melakukan pemeriksaan.,” katanya.

Wan Jaapar berkata, sebaik masuk ke dalam rumah terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an berdiri berhampiran meja makan.

“Pemeriksaan di seluruh rumah itu kemudiannya menemui dua kanak-kanak sedang tidur di dalam bilik utama.

“Kanak-kanak berusia satu tahun dan tiga tahun itu anak kepada wanita terbabit. Hasil pemeriksaan ke atas lelaki dan wanita ini juga mendapati mereka bukan pasangan suami isteri yang sah,” katanya.

Menurutnya, lelaki dan wanita itu kemudiannya dibawa ke Pejabat JAWI untuk tindakan selanjutnya dan ditahan mengikut Seksyen 27 (A) & (B) Akta 559 kerana disyaki berkhalwat.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32957#sthash.dou3I2QR.dpuf


EmoticonEmoticon