jobs from my.neuvoo.com

25 Februari, 2015

Jaga dipenjara, sebat cabul anak lelaki sendiri

Seremban: Angkara mencabul anak lelaki sendiri, seorang pengawal keselamatan dikenakan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 33 tahun selepas dia mengaku bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak lelakinya berusia lima tahun di rumah mereka di Paroi, di sini, pada 5 November lalu, kira-kira jam 9 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu diberitahu seorang ahli keluarga mengatakan anak lelakinya berusia lima tahun dicabul suaminya dan dia bertanyakan kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu mengaku dicabul bapanya sebanyak empat kali di dalam bilik dan bilik air rumah mereka menyebabkan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Roslina Mohamad merayu agar dikenakan hukuman paling ringan bermula dari tarikh ditangkap kerana sebelum kejadian tertuduh menanggung isteri dan tiga anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin yang mengendalikan kes meminta mahkamah mengambil kira betapa serius kes itu kerana tertuduh adalah bapa kepada mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 9 November tahun lalu dan dua sebatan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32942#sthash.PuC7bDKa.dpuf


EmoticonEmoticon