jobs from my.neuvoo.com

14 Februari, 2015

Pelakon filem Puteri Gunung Ledang Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Pelakon popular Indonesia, Alex Komang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Dr. Kariadi, Semarang, Jawa Tengah malam ini.

Aktor berusia 54 tahun itu meninggal dunia kerana menderita penyakit kanser hati.

Sebaik berita kematian pelakon disahkan, ramai artis popular Indonesia yang menyampaikan salam takziah di laman sosial Twitter termasuk rakan seperjuangan Allahyarham Alex, Joko Anwar.

“Mas Alex Komang telah berpulang (meninggal dunia). Selamat jalan, Mas Alex. Kami sangat kehilangan dan akan merindukanmu,” tulis Joko.

Sebelum ini, anak saudara Alex, Izar Fauzi memberitahu, bapa saudaranya itu penyakit hepatitis B.

Alex Komang atau nama sebenarnya Saifin Nuha pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Indonesia 1987. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem dan drama terbitan Malaysia.


EmoticonEmoticon