jobs from my.neuvoo.com

13 Februari, 2015

Rogol tepi sawah

Gambar hiasan
KOTA BHARU - Padah buat seorang lelaki kerana melempiaskan nafsu serakah terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, dia dihukum penjara 11 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus pada akhir kes pembelaan terhadap tertuduh, Mohd Ridzuan Abdullah,31.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di atas tanah tepi sawah padi di Kampung Talang, Ketereh, di sini, pada jam 3 petang, 10 Februari 2013.

Pada prosiding semalam, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pembelaan dan disifatkan sebagai penafian semata-mata.

Sementara, pihak pendakwaan yang diwakili, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Asmah Azhari berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan ke atas tertuduh.

Asmah dalam hujahan pemberatan hukuman, memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan kebimbangan terhadap jenayah rogol yang semakin berleluasa.

Tertuduh, bagaimanapun melalui peguamnya, Ahmad Nuri Abdul Rahman, merayu mahkamah meringankan hukuman yang bakal diputuskan kerana tertuduh sudah insaf terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Ini adalah kesalahan pertamanya dan tertuduh disayangi keluarga serta sentiasa mendapat sokongan mereka,” katanya.


EmoticonEmoticon