jobs from my.neuvoo.com

06 Februari, 2015

Saintis gila seks, rakam aksi perkosa wanita 'bahan kajian'

Tokyo: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memberi dadah dan membuat serangan seksual terhadap lebih 100 wanita yang percaya diri mereka terbabit dalam kajian perubatan, lapor media tempatan.

Memetik sumber, media melaporkan, sejumlah wanita menawarkan diri menyertai “kajian klinikal menguji tekanan darah ketika tidur” selama lebih dua tahun sehingga November 2013.

Kata sumber, wanita terbabit langsung tidak menyedari mereka sebenarnya diperdaya menyertai “kajian” yang tidak wujud.

Suspek pula, kata sumber, dikenali sebagai Hideyuki Noguchi, 54, yang memberi sedatif kepada semua wanita terbabit.

“Ketika mangsa tidak berupaya berbuat apa-apa, Noguchi memperkosa mereka sambil merakam aksi itu,” katanya.

Rakaman berkenaan kemudian tidak disimpan suspek, sebaliknya dia mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjualnya kepada sesiapa yang berminat.

Menurut sumber, rakaman itu diperdagangkan melalui Internet.

“Kadang-kadang pelanggan suspek ialah pengedar filem lucah,” katanya.

Siasatan mendapati, Noguchi memperoleh keuntungan sehingga 10 juta yen (RM303,715).

Jurucakap polis di Chiba pula berkata, mereka mengenal pasti ada sekurang-kurangnya 39 mangsa berusia antara belasan tahun hingga 40-an di Tokyo, Chiba, Osaka, Tochigi dan Shizuoka menjadi mangsa Noguchi.

“Kami masih menyiasat untuk mengetahui berapa ramai jumlah sebenar mangsa Noguchi tetapi dipercayai ia melebihi 100 orang,” katanya.

Noguchi dilaporkan tidak pernah mendapat sebarang latihan dalam bidang perubatan.


EmoticonEmoticon