jobs from my.neuvoo.com

02 Februari, 2015

Separuh bogel dalam teksi

Segamat: Orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel sebelum masuk ke dalam sebuah teksi sedang parkir dan menguncinya.

Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Menurutnya, kemudiannya dia ternampak seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam tanpa baju berlari sambil dikejar sekumpulan lelaki.

Katanya, apabila tiba di hentian teksi itu lelaki berkenaan bertindak masuk ke tempat duduk belakang kenderaan rakannya dan mengunci pintu.

“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.

“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27990#sthash.WjG8WG8C.dpuf


EmoticonEmoticon