jobs from my.neuvoo.com

29 Mac, 2015

Anak Azean Irdawaty, Benji bakal ke tali gantung

Menurut Berita Harian, seorang pelakon lelaki telah ditahan untuk kali keempat selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Dalam sekatan jalan raya tersebut, dia telah ditahan bersama seorang lagi lelaki Melayu setelah anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu anggaran seberat 52.27 gram.

Pemeriksaan pada but kereta, polis menjumpai satu kotak yang mengandungi beberapa botol plastik yang tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa menemui satu paket dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu anggaran seberat 193 gram. Selain itu terdapat tujuh balang kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (rtky/s)


EmoticonEmoticon