jobs from my.neuvoo.com

29 Mac, 2015

Anak Scha Alyahya tersedak susu, innalillah...

Rumah tangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran anak mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Scha Alyahya memberitahu beberapa kali berada dalam keadaan cemas apabila anaknya Lara Alana yang kini berusia 7 bulan tersedak susu.

Scha, 32, berkata, selepas kejadian pertama, dia dan suaminya pengacara Awal Ashaari belajar sedikit sebanyak tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

"Sepanjang tujuh bulan menjaga Lara ada beberapa kali dia buat kami panik apabila tersedak susu.
"Saya takut sangat melihat keadaan itu kerana Lara susah nak bernafas, nasib baik juga ketika itu saya berada dengan dia.

"Bahaya kalau kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur dan kita tidak berada disamping dia," ujarnya kepada mStar Online.

Rumah tangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran anak mereka.

Scha berkata, biarpun kejadian seperti itu merupakan perkara biasa, namun ia sangat bahaya kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut.

Katanya, menyedar tentang kepentingan itu, dia belajar untuk meredakan keadaan tersebut melalui orang yang lebih berpengalaman.
"Ia memang perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi bahaya dan selalu kita dengan bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

"Sebab itu juga saya risau untuk tinggalkan dia bersendirian biarpun sedang tidur," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, sepanjang tujuh bulan tersebut, Lara tidak banyak meragam dan membesar dengan baik.

Katanya, dia juga terpaksa membahagikan kerjaya dan keluarga dengan sebaik mungkin.


EmoticonEmoticon