jobs from my.neuvoo.com

31 Mac, 2015

Artis tempatan beragama Islam selamba makan katak, labi-labi

Ini satu lagi kisah pelik perangai dan selera manusia. Kalau bukan beragama Islam, Cik Pang mungkin tidak ambil pusing sangat, tetapi kedua-dua artis popular ini memang terang-terangan Muslim dan solatnya tidak tinggal.

Kisahnya, dua artis ini mempunyai selera yang sangat pelik. Seorang suka makan katak dan seorang lagi sangat gemar makan daging labi-labi.

Cik Pang faham ada dalam kalangan kita memang berani meneroka makanan eksotik dan ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup.

Namun kalau nak makan pun, agak-agaklah. Bagi orang beragama Islam, makan daging binatang yang hidup dua alam ini haram, termasuk katak dan labi-labi.

Bagaimanapun, dua artis terkenal dan popular ini tidak rasa bersalah atau berdosa langsung setiap kali menikmati daging katak dan labi-labi.

Selalunya restoran kegemaran dua artis popular terbabit dan sering dikunjungi untuk menikmati daging katak dan labi-labi ialah di Jalan Alor, Bukit Bintang.

Artis ini dengan bangganya bercerita daging katak sangat enak, malah ia jauh lebih sedap berbanding daging ayam. seorang lagi artis ini pula berkata, daging labi-labi sangat lembut dan manis apabila dikunyah.

Apabila mendengar cerita betapa nikmatnya dua artis ini menikmati daging katak dan labi-labi, tekak Cik Pang berasa kembang.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40069#sthash.Vz5EyLY8.dpuf


EmoticonEmoticon