jobs from my.neuvoo.com

29 Mac, 2015

Awal Ashaari kemalangan ngeri, innalillah...

KERETA BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi. - Foto ihsan Zuan Azmi
KUALA LUMPUR: Kereta BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi kepada BH Online. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka.

Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.


Izuan yang dihubungi memberitahu kereta itu rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan.

"Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas," kata Izuan.

Dalam pada itu tempat Awal mengacarakan program itu akan digantikan Penerbit Melodi, Michelle Wee bersama deejay Liza HotFM


EmoticonEmoticon