jobs from my.neuvoo.com

27 Mac, 2015

Berpeluh layanan berahi...

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Iran yang sedang leka diulit dan menerima layanan berahi beberapa pelacur warga asing tergamam apabila premis hiburan itu diserbu pihak berkuasa.

Dalam serbuan jam 11 malam kelmarin, suspek lelaki berusia 30-an itu tidak menyedari pusat urutan di Jalan Solari, Mont Kiara di sini, dikepung sepasukan polis.

Difahamkan lelaki terbabit dalam keadaan bogel hanya menyedari kehadiran polis apabila pintu bilik asmara itu diketuk pihak berkuasa.

Ketua operasi terbabit Superintendan Azman Mohd Isa berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun turut ditahan selepas dipercayai melanggan pelacur di premis itu.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit ditahan bersama lima wanita warga asing di premis yang berselindung di sebalik perniagaan pusat refleksologi.
“Turut dirampas buku kecil mengandungi rekod langganan dan wang tunai sebanyak RM150.

“Seorang lelaki tempatan berusia 36 ditahan dipercayai penjaga premis itu ditahan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati empat daripada lima wanita ditahan itu memiliki pasport negara Thailand, Filipina dan Laos manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39547#sthash.Yf2BHRKY.dpuf

1 comments so far


EmoticonEmoticon