jobs from my.neuvoo.com

09 Mac, 2015

Buah dada penyanyi wanita jadi tempat 'landing'

Ahli Duo Serigala Ovi Sovianti dan Pamela Safitri

Jakarta: Selebriti Indonesia kelahiran Bandung, Chika Jessica mencetuskan polemik dalam kalangan pelayar Internet selepas dia memuat naik gambarnya meletakkan kepala pada dada seorang daripada anggota Duo Serigala.

Kelihatan selesa di dada Ovi Sovianti, Chika mengiringi gambar Instagram itu dengan catatan: “Di situ kadang-kadang saya berasa sedih.”

Dalam gambar sama, Ovi dan Pamela Safitri pula kelihatan begitu anggun dan tidak teragak-agak menonjolkan aset yang mempopularkan mereka di khalayak ramai.

Walaupun ramai yang suka, tidak kurang pula beranggapan gambar itu tidak wajar.

Pemilik akaun audreykimy menulis: “Astaga, apa bagusnya mempamer begitu? Suaranya tak seberapa, tetapi yang dipentingkan, goyangan. Itukah Indonesia perlukan???”

Pasangan Pamela dan Ovi adalah artis baru yang memilih genre dangdut untuk menjadi penghibur.

Bagaimanapun, berbanding suara, pasangan Serigala itu lebih dikenali kerana aksi mereka yang mengghairahkan.

Mereka juga dikenali dengan aksi ‘goyang dribble.’ - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35604#sthash.m8Lb3qeW.dpuf

1 comments so far


EmoticonEmoticon