jobs from my.neuvoo.com

09 Mac, 2015

Diugut dan dibogel 'bakal tunang'

Gambar hiasan
Gombak: Dikurung dan dibelasah sebelum dirakam gambar dalam keadaan bogel. Itu nasib seorang wanita apabila ‘diculik’ kekasihnya selepas dia membatalkan majlis pertunangan mereka.

Menambah derita mangsa berusia 23 tahun itu, teman lelakinya yang berusia 20-an turut mengugut menyebarkan gambar bogelnya jika dia enggan menyerahkan RM5,000 kepadanya.

Sumber polis berkata, mangsa dan suspek pada mulanya merancang untuk bertunang pada bulan ini, sebelum mangsa membatalkannya apabila mengetahui teman lelakinya itu sebenarnya sudah berkahwin.

“Suspek kemudian memberitahu dia akan bercerai tidak lama lagi dan ingin berkahwin dengan mangsa dan memujuk untuk mereka kembali bersama,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian mengambil mangsa dari rumahnya di Sentul kira-kira jam 8.30 pagi pada penghujung Februari lalu dan membawanya ke rumah lelaki itu di Batu Arang.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35680#sthash.Hr2F4p8d.dpuf


EmoticonEmoticon