jobs from my.neuvoo.com

01 Mac, 2015

Harga baru petrol, diesel untuk Mac 2015

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam mengumumkan kenaikan harga petrol RON95, RON97 dan diesel sebanyak 25 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam tadi.

Dengan itu harga runcit baru bagi Petrol RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 dan diesel RM1.95 seliter sepanjang bulan ini.

Harga pasaran bagi petrol RON95 sepanjang bulan lalu ialah RM1.70 seliter, RON97 RM2 dan diesel RM1.70 seliter.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan subsidi bagi RON95 dan diesel dihapuskan dan harga bahan api terbabit akan mengikut kaedah pengapungan terkawal,

bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33922#sthash.OOcYPcil.dpuf


EmoticonEmoticon