jobs from my.neuvoo.com

13 Mac, 2015

Jadi lesbian selepas kahwin lagi

Kredit foto Instagram Ieda Moin @Iedamoin79
Perceraian mungkin perkara yang menyakitkan wanita tetapi tidak kepada pelakon dan penyanyi Ieda Moin.

Redha dengan kententuan Tuhan, wanita berusia 34 tahun ini meneruskan kehidupan bersama anak perempuan kesayangannya, Nur Dhia Dania yang kini berusia tujuh tahun.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd. Moin, 34, berkata, sejak bergelar ibu tunggal kira-kira tiga bulan lalu, dia tetap menjalani rutin hariannya seperti biasa.

Mengakui serik dengan apa yang dilaluinya, Ieda tidak menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi seandainya dia bertemu dengan lelaki yang benar-benar sesuai.

"Tiada apa yang berubah pun dalam kehidupan saya kerana ketika menjadi isteri saya sering ditinggalkan. Cuma, bezanya kami berpisah cara baik.

"Saya bekerja seperti biasa. Alhamdulillah, tawaran berlakon ada, rezeki saya murah selepas apa yang terjadi.

"Sebenarnya, menjadi ibu tunggal tidaklah seperti yang selalu digambarkan orang iaitu satu status yang mudah saja dipandang negatif.

"Bagi saya status itu hebat. Bukan mudah untuk sesorang itu melaluinya kalau dia tidak kuat.

"Serik itu memang ada tetapi untuk saya mengatakan tidak mahu berkahwin lagi, itu bohong.

"Sebagai seorang wanita yang ada anak, saya masih lagi mengimpikan seseorang yang menjaga saya dan anak saya dengan seadanya tetapi dengan siapa, saya serahkan pada takdir," katanya kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Bila Hati Telah Hitam di Damansara, Selangor, semalam.

Tambahnya, apa yang penting dia kini mahu menjaga hati Dania kerana sebagai ibu dia memahami perasaan anaknya yang mengetahui apa yang berlaku antara dia dan bekas suaminya.

"Anak saya okay. Saya jadi kuat pun sebab dia. Dia pun sudah biasa bila ayah dia tak ada di rumah sebab ayahnya orang produksi jadi dia selalu bekerja luar Kuala Lumpur dalam tempoh lama.

"Namun, saya tahu yang dia tahu apa yang terjadi cuma, setiap kali saya cuba mahu menjelaskan pada dia situasi antara saya dengan ayahnya, dia mengelak untuk mendengar.

"Bagaimanapun, saya tidak memaksa dia dan saya pun tidak mahu dia tertekan. Jadi, saya biarkan dia dan saya tahu dia faham," katanya.

Ieda sah bercerai dengan Mohamad Naquib Idris dengan talak satu pada 19 Disember tahun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga.

Dalam perkembangan lain Ieda bakal muncul menerusi drama Bila Hati Sudah Hitam bermula 20 Mac ini setiap Jumaat, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis (saluran 106).

Selain itu, dia juga bakal melancarkan single terbaharu berjudul Kahwin Lagi. Mengulas mengenai judul single tersebut Ieda berkata, lagu tersebut tiada kena mengena dengan dirinya malah, ia sudah dirakamkan sebelum dia bercerai.

"Lagu itu saya sudah dapat awal. Ia tiada kena mengena dengan hidup saya.

"Sepatutnya lagu tu dinyanyikan penyanyi lain tetapi dia mempunyai komitmen lain, jadi penerbit lagu itu merasakan saya yang sesuai menyanyikan lagu tersebut," katanya.

Ieda juga bakal sibuk di lokasi penggambaran filem arahan M. Subash berjudul Kamar Seksa. Dalam filem itu dia akan memengang watak sebagai seorang lesbian.

- mD



EmoticonEmoticon