jobs from my.neuvoo.com

25 Mac, 2015

Jatuh cinta selepas berkongsi bilik air

Bintang Hollywood sensasi, Selena Gomez memberi gambaran dia kini kembali menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang ekoran sejak akhir-akhir ini dia kerap memuat naik gambar seksinya.

Dua hari lalu, pelantun lagu Heart Wants What it Wants ini memuat naik sekeping foto di laman sosial Isntagram miliknya menunjukkan dirinya memakai bikini berbunga-bunga sambil menampakkan 'lurah' payudaranya.

Ramai pengikutnya memuji kecantikan yang dimiliki bekas kekasih Justin Bieber ini tidak kurang ramai juga tergoda dengan bekas bintang Disney ini.

Gambar berlatar belakangkan pemandangan laut yang cantik itu turut disertakan dengan kapsyen, "Mengingati betapa berharganya setiap hari," ("Remembering how precious every day is,")

Kenyataan tersebut seolah memberitahu dia kini hangat dilamun asmara!

Pada Jumaat lalu, dalam satu temubual bersama radio Disney, gadis berusia 22 tahun ini ada menyebut tentang jejaka yang di dakwa kekasihnya iaitu DJ Zedd, 25.

"Dia seorang lelaki German yang comel, matanya sangat cantik dia manis dan lucu", katanya sewaktu temubual untuk rancangan Alli.

Kedua mereka dikatakan semakin intim sejak Selena bekerjasama muncul dalam muzik video dan menyumbangkan vokalnya untuk lagu terbaharu Zedd berjudul I Want You To Know.

Malah dalam satu temubual, Selena mendedahkan hubungan mesra mereka bermula dengan satu insiden lucu

"Satu hari kami menjalani rakaman dalam satu banggunan yang sama dan ketika itu dia mahu menggunakan bilik mandi saya.

"Sejak itu kami akhirnya bercakap, berkongsi tentang muzik dan ia berlaku secara semula jadi," katanya.

Zedd akhirnya mungkin kembali membuka pintu hati Selena untuk bercinta semula selepas hubungan percintaannya dengan Bieber mula dibina sekitar 2010, tidak berkekalan.

Selena dan Bieber memutuskan hubungan mereka pada November 2012 tetapi mereka kembali bersama beberapa kali sepanjang tahun 2013 dan 2014.

- mD


EmoticonEmoticon