jobs from my.neuvoo.com

10 Mac, 2015

Kanak-kanak 9 tahun diliwat, dipaksa seks oral di Raub

RAUB 9 Mac – Seorang ibu tidak menyangka kesakitan mulut anak lelakinya sehingga tidak dapat makan baru-baru ini akibat daripada dipaksa melakukan seks oral terhadap dua lelaki pada 1 Mac lalu.
Malah dia juga amat terkejut apabila mengetahui kesakitan anaknya berusia sembilan tahun ketika membuang air besar dua bulan lalu dipercayai berpunca daripada diliwat oleh dua lelaki berkenaan.

“Ketika balik dari kerja pada pukul 7 malam 1 Mac lalu, anak saya mengadu lapar dan ketika saya menyuapkannya makanan dia mengadu sakit mulut sebelum menceritakan bagaimana dia dipaksa melakukan seks oral terhadap dua lelaki terbabit.

“Anak saya memberitahu ketika kejadian dia dipanggil dua lelaki berkenaan ke kawasan semak de­ngan salah seorang lelaki ber­kenaan berbaring dan seorang lagi menekan kepalanya,” katanya.
Menurutnya, anaknya sering bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah menceritakan mengenai kejadian itu akibat takut.

Dalam pada itu katanya, sejurus mengetahui mengenai perkara itu dia kemudiannya bergegas di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ab. Rahim Ab. Razak berkata, pihak polis yang menerima laporan ber­kenaan telah menahan dua suspek pada hari yang sama.

Katanya, suspek yang masih bersekolah direman selama lima hari untuk soal siasat dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kanak-kanak-9-tahun-diliwat-dipaksa-seks-oral-1.67786#sthash.yQ955l1C.dpuf


EmoticonEmoticon