jobs from my.neuvoo.com

12 Mac, 2015

Ketagih filem lucah, wanita melancap 5 kali sehari

LONDON – Siapa sangka, graduan undang-undang, Oghosa Ovienrioba yang memiliki gaya trendi, hakikatnya pernah menyimpan rahsia selama lapan tahun menjadi penagih filem lucah dan pelancap tegar sebanyak 5 hingga 6 kali setiap hari.

Kini wanita British berusia 22 tahun itu sudah pun insaf dengan ‘hobi’ tersebut yang bermula sejak dia berumur 14 tahun dan hanya berakhir tahun lalu; sekali gus berkongsi pengakuan kisah pengalamannya menerusi laman video YouTube.

Rakaman cerita jujur wanita tersebut yang dimuat naik sejak Februari lalu sudah ditonton lebih 800,000 kali namun, Ovienrioba menjelaskan, pengakuan ikhlas dirinya itu bukan mencari nama tetapi sebagai motivasi agar dijadikan pengajaran.

Ovienrioba mendakwa, ketagihan menonton filem pornografi makin parah sewaktu berumur 18 tahun dan dia sering menghabiskan masa sepanjang hari di dalam bilik gelap semata-mata melampiaskan nafsu menyaksikan pelbagai tayangan filem lucah.

“Saya tidak sangka video pengakuan saya itu jadi fenomena, malah dapat banyak komen positif dan paling dahsyat, ramai wanita dari serata dunia pun mengaku pernah melalui pengalaman sama bergelumang noda selama bertahun-tahun,” ujar beliau.

Tambah Ovienrioba, akses pantas kepada capaian internet memudahkan dirinya menonton lebih 800 jam filem lucah sepanjang usia remaja walhal pada peringkat awal, dia pun amat terkejut jijik sebelum lama-lama berubah pula menjadi seronok.

Ketika berusia 18 tahun, dia pernah bercinta dengan seorang jejaka dan ini menyebabkan ketagihan itu berkurangan, namun hobi itu mula subur kembali lebih dahsyat, bahkan amat sukar diurus lagi selepas hubungan mereka terputus.

“Selama tiga tahun selepas itu, setiap hari saya mesti menonton filem ‘biru’ ibarat keperluan hidup selain melancap lebih 6 kali dalam sehari sehinggakan jika melihat orang biasa lain, saya akan terbayang itu juga objek seks,” jelas beliau.

Ovienrioba berkata, orang ramai mungkin menyangka wanita tidak ketagih video seks, padahal perlakuan songang itu tidak mengira jantina, tetapi mujur kehidupannya mulai berubah sejak beberapa rakan tahu cerita sisi gelap dirinya itu.

Mereka banyak memberi nasihat dan membantu dirinya untuk lebih dekat kepada ajaran agama di samping mendidik wanita itu mengelak daripada terdedah kepada sumber bahan bacaan, lagu atau filem yang mengandungi unsur seks. – Agensi


EmoticonEmoticon