jobs from my.neuvoo.com

23 Mac, 2015

Khemah nafsu bermaksiat

ANTARA wanita yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran ditahan.
Kuala Lumpur: Urut dan seks di dalam khemah. Itulah tawaran disediakan sebuah pusat urut di Bandar Puteri Puchong, dekat sini, yang menyediakan khemah di premis berkenaan dipercayai bagi menarik minat pelanggan.

Premis sama pernah diserbu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada April tahun lalu seperti didedahkan Harian Metro, namun dikesan kembali beroperasi sejak lebih empat bulan lalu.

Kegiatan tidak bermoral itu bagaimanapun terbongkar dalam serbuan dilakukan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) diketuai Ketua Penolong Pengarahnya Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.

Menurut Khairi, pihaknya bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman melakukan serbuan serentak di tujuh pusat urut sekitar kawasan berkenaan bermula jam 8 hingga 10.30 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, satu daripada tujuh pusat urut itu didapati menyediakan khemah di dalam bilik.

“Ini mungkin taktik ataupun modus operandi digunakan pemilik pusat urut itu bagi menarik minat pelanggan,” katanya, semalam.

Menjelaskan lanjut, Khairi berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya terhadap semua pusat urut itu juga mendapati mereka beroperasi tanpa lesen.

“Dalam serbuan itu, seramai 53 perempuan iaitu warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia ditahan kerana disyaki membabitkan diri dalam aktiviti pelacuran selain gagal menunjukkan pasport ketika pemeriksaan dilakukan.

“Kita (STAGG) juga menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan dan enam warga asing termasuk sembilan pelanggan yang berada di pusat urut itu,” katanya.

Difahamkan, semua yang ditahan berusia antara 20-an hingga 30-an.

Khairi berkata, pihaknya juga berjaya merampas wang tunai sebanyak RM3164, 531 kondom, minyak urut, bahan pelincir KY, buku rekod hasil kutipan dan bil berkaitan premis untuk tujuan siasatan.

Menurut Khairi semalam, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mengenai aktiviti pelacuran, Seksyen 55B , Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen serta Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38552#sthash.bcZxvDg7.dpuf


EmoticonEmoticon