jobs from my.neuvoo.com

11 Mac, 2015

Pamer gaya ghairah

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seramai 26 pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila sebuah pusat hiburan di Jalan Kia Peng, di sini, diserbu polis, awal pagi semalam.

Wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ diri mereka supaya dipilih dan dibawa pulang dengan bayaran mengikut rundingan yang dipersetujui pelanggan.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 12.50 pagi oleh sepasukan anggota Unit Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Bukit Aman yang diketuai oleh Superintendan Razali Abu Samah bersama 16 anggota termasuk pegawai.

Menurut Razali, selain wanita berkenaan, enam lelaki warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berkerja di premis berkenaan turut ditahan.

Katanya, seorang wanita tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai juruwang dan juga penjaga kepada semua wanita warga asing terbabit turut ditahan.

“Semua wanita berusia 19 hingga 32 tahun dan mereka dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.

“Ketika serbuan dibuat, semua wanita warga asing sedang asyik membuat persembahan dan leka melayan lebih 80 pelanggan,” katanya, semalam.

Menurutnya, ini adalah serbuan kali pertama dalam tahun 2015, hasil daripada aduan awam dan pemerhatian yang dijalankan tiga hari oleh unit risik D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Katanya, semua tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)C Akta Imigresen serta Seksyen 39B Peraturan Imigresen.

“Siasatan lanjut mendapati pusat hiburan ini sudah beroperasi lebih lima tahun dan memiliki lesen perniagaan yang sah,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36107#sthash.F9F02xOC.dpuf


EmoticonEmoticon